16 Des 2008

Tuntutan Kesabaran dan Keikhlasan Dalam Perjuangan Islam..

Ramai yang kurang memahami sunnah perjuangan Islam. Lantas mereka cepat terpedaya dengan tarikan perhiasan dunia, tewas dengan tipu daya musuh dan tidak tahan pelbagai ujian untuk mempertahankan perjuangan Islam.

Fathi Yakan menegaskan kewajiban perjuangan Islam ada tiga matlamat;

1. Membentuk sebuah masyarakat Islam yang terlaksana di dalamnya seluruh sistem Islam sehingga tiada lagi ketundukan, kepatuhan dan kedaulatan kecuali kepada Allah s.w.t.

2. Mengembangkan dan mempertahankan masyarakat Islam yang tertubuh itu dalam apa jua bentuk bagi memastikan ia terus terlaksana.

3. Meneruskan kesinambungan masyarakat Islam itu untuk generasi seterusnya sebagai sistem hidup sepanjang zaman.

Ertinya mempertahankan kerajaan Islam adalah wajib. Oleh kerana pahala dalam perjuangan jihad ini amat besar, maka pastinya setiap ketiga-tiga peringkat itu perjuangan Islam itu akan diuji dengan pelbagai mihnah kerana ujian itulah sumber yang membekalkan segala kekuatan Islam.

Segala ujian ini telah dilalui Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya semasa menubuhkan kerajaan Islam di Madinah, mempertahankan dan meneruskan kesinambungannya yang menghadapi tekanan Yahudi, munafik dan orang-orang musyirikin, malah serangan dunia antarabangsa dari Rom dan Farsi yang menguasi dunia waktu itu.

Apakah rahsia kekuatan Rasulullah s.a.w dan sahabatnya sehingga mereka sentaisa bersedia mempertahankan negara Islam Madinah.

1. Menyakini secara bulat serta tekad hanya Islam satu sistem hidup yang menjamin keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat seperti firman-Nya;

Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai waf of life maka selama-lamanya (amalannya) tidak diterima sedang ia di akhirat daripada orang-orang yang rugi"-(Al Imaran:85)...

2. Seluruh umat Islam bergabung, berkerjasama, bertolarensi dan menyatu misi dan visi di bawah satu Ummatan wahidah – ummat yang bersatu. Mereka bersatu menolak fahaman atau ideologi ciptaan manusia berupa nasioanlisme, kekabilahan dan sempit;

“Sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang bersatu dan Akulah tuhan kamu, maka abdikan diri kamu untuk-Ku”. ( al-Anbia:92)....

3. Kesanggupan mengorbankan seluruh potensi yang dimiliki samada nyawa, harta, tenaga, fikiran malah keluarga demi kepentingan Islam dalam keadaan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t;

”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.” (al-Taubat:111)...

4. Kesabaran mengharungi segala bentuk ujian samada ujian fizikal atau ujian psikologi yang sering memperalatankan harta duniawi berupa wang, pangkat, kemajuan, pembangunan malah ugutan dan serangan.

Perhatikanlah kenapa Allah meletakkan sabar dipermulaan ayat dalam hal perjuangan Islam serta lihatlah penghujung kepada perjuangan itu mereka akan di masukkan ke dalam syurga dan dipakaikan pakaian hijau daripada sutera. Mari kita menghayati sunnah dalam surah al-Khafi ( 28-31).....

”Dan Bersabarlah dirimu (wahai Muhammad ) bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya Telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” ( al-Kahfi: 28)...


“Dan Katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) Biarlah ia kafir". Sesungguhnya kami Telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek”. ( al-Kahfi: 29)..

Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik”. ( al-Kahfi: 30)...

“Mereka Itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai Pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah;” ( al-Kahfi:31)...

Kesabaran serta keikhlasan amat penting dalam perjuangan Islam.. ini kerana melalui kedua-dua konsep inilah kita akan beroleh kemanisan dalam perjuangan ISLAM….

Tidak ada komentar: