15 Des 2008

APA DAH JADI; KEBIADABAN MANUSIA MEROSAKKAN KETURUNAN, AGAMA & BANGSA..


Apa dah jadi????? Sekarang manusia semakin bersifat seperti binatang. Sudah tidak mengenal agama dan nilai-nilai kehidupan yng islamik. Apakah manusia lupa bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat. Adakah manusia menyangka mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa batasan sehingga mereka lupa dalam menghayati norma-norma kehidupan yang berpandukan pada Al-Quran dan As-Sunnah.

Nah…… inilah akibat nya bila manusia terpengaruh dengan pelbagai ideology yang ditaja oleh golongan kuffar dan yahudi… akhirnya kita melihat manusia bertindak di luar batasan dan terlalu bebas tanpa menilai menggunakan akal kurniaan Allah… akibat dari gelagat manusia yang sudah mengenal erti kasih sayang sehinggakan mereka sanggup memperlakukan zuriat keturunan mereka dengan perkara yang jahat dan tidak berperikemanusiaan…

Fenomena yang terjadi tentang kes pembuangan bayi oleh manusia yang bodoh dan jahat… mereka tahu berzina tapi bila mengandung mereka membuang bayi tersebut.. mereka seronok berzina tapi akhirnya mereka takut dengan bayangan anak mereka sendiri… anak yang dilahirkan tersebut suci dari dosa tapi dibuang tanpa perasaan kasih sayang oleh seorang ibu yang tahu membuat dosa tapi tak tahu nak bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

Adakah manausia yang tergamak membuang bayi yang baru lahir ke dalam lubang tandas awam? Hamba Allah yang baru lahir ke dunia ini diperlakukan demikian, hilang langsung kewarasan dan kemanusiaan apabila insan yang tidak berdosa ini dicampak begitu sahaja bagaikan barangan yang itdak berguna.

Inilah bukti di dalam Berita Harian hari ini, seorang bayi ini dijumpai masih hidup dalam lubang tandas awam di Pasar Basah, Lembah Keriang, Changlun. Bayi ini dipercayai telah dibuang akibat dari hasil penzinan…..

Siapakah ibu, siapakah bapanya? Melayu, Cina, India, Siam, tidak pula diketahui. Apa pun yang pasti makhluk bergelar haiwan sekalipun tidak akan memperlakukan sedemikian pada anak kandungnya. Saya pasti bagi mereka yang prihatin, gambar ini suatu petanda yang sangat membimbangkan terhadap keadaan sosial masyarakat kita. Adakah kita telah melahirkan suatu generasi manusia yang tiada lagi pertiumbangan akhlak dan adab, yang sudah barang sekelumit roh keimanan dalam jasadnya?

Siapakah yang bersalah? Adakah kita perlu membuka gelanggang tuduh-menuduh dan tuding-menuding, atau lebih baik kita bermuhasabah dan mencari jalan penyelesaian, merangka pelan yang dapat membina kembali generasi yang beriman dan bertaqwa, agar tiada lagi bayi yang lain akan menimpa nasib yang sama.

Jumaat lepas diadakan satu taklimat di Pejabat Daerah Sepang. Antara yang ditaklimatkan adalah bilangan mereka yang bernikah dan bercerai di Daerah Sepang. Sungguh menyedihkan apabila diberitahu bahawa bilangan mereka yang bercerai semakin meningkat sehingga hampir mencecah separuh dari yang bernikah.

Apabila ada hadirin yang bertanya kepada Kadi Daerah apakah punca dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya, kata Kadi tadi, ini perkara biasa, subhanallah. Jawapan Kadi itu telah ditegur oleh EXCO Agama Selangor, Dato Dr Hasan Ali yang diraikan dalam majlis itu. Kata Dr Hasan macam mana Kadi boleh katakana ia perkara biasa sedangkan bergegar arasy Allah apabila berlaku perceraian!

Inilah antara perkara yang perlu diperkemaskan. Institusi agama, pendidkan dan semua pihak yang terlibat dalam membentuk akhlak masyarakat (samada ibu-bapa, sekolah, masjid dan lain-lain). Apabila kita longgar dan lalai dalam aspek agama, tatkala itu tiada lagi pertimbangan dosa dan pahala, manusia menjadi individualistic, yang penting adalah nafsu dan halobanya. Agama, masyarakat dan peradaban dicampak ke tepi.

Marilah kita sama-sama menginsafi perkara ini dan bersama berusaha memperbaiki dan mengislahkannya dimana sahaja kita ada kesempatan dan peluang untuk melakukannya.

BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra. Kita berdoa semoga bayi tersebut hidup dan bayi tersebut akan menjadi saksi kepada dunia diatas kebiadapan ibu bapa mereka.. alangkah sadis nya kita bila melihat ummat Islam sekarang sudah mula terpedaya dengan ideology materialisme, hedonisme, liberalisme, sekularisme dll. Dan pemikiran kita sudah dijajah oleh mereka.

Bila nafsu dijunjung tinggi tanpa batasan akal yang waras dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah akhir manusia kecundang dengan ego dan kebongkokan sendiri…. Sedar lah wahai ummat Islam… sampai bila pemikiran dan Negara kita perlu dijajah oleh barat.. sudah sampai masa nya kita melihat kembali nya Daulah Islamiah dan Khilafah Islamiah tertegak dan terlaksana di muka bumi…

Tidak ada komentar: