29 Des 2008

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 H...


Salam Maal Hijrah..

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan salam maal hijrah 1430H kepada semua penganut agama islam dan para pembaca sekalian...semoga tahun baru pada kali ini menjadi lebih bermakna buat kita semua untuk berubah ke satu tahap yang lebih baik daripada apa yg kita kecapi sekarang.. disini Saya nak kongsikan sedikit sebanyak tentang apa yang berkaitan dengan maal hijrah ni...

Pengertian Hijrah :-

Hijrah (
هِجْرَة), ataupun perpindahan, biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan

Maal Hijrah atau Awal Muharram ialah hari bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langit.


Antara perkara-perkara yang disunatkan:-

1.Baca doa akhir dan awal tahun.

2.Berpuasa 1-10 Muharam kalau mampu. Tapi pastikan puasa 9 dan 10 Muharam berturut-turut, kalau boleh puasa. Jangan berpuasa 9 Muharam dan 10 sahaja.

3.Pada 10 Muharam disunatkan menggosokkan kepala anak yatim dan bersedekah kepada mereka.

4.Lebihkan perbelanjaan keluarga pada hari 10 Muharam.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (30hb Zulhijjah 1429) (ahad 28/12/2008).

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.

Sempena dengan awal tahun hijrah (muharram).... marilah sama-sama kita berhijrah seluruh jiwa & raga dalam melaksanakan perintah Allah..... berhijrah dari kejahilan kepada kebaikan.... bersama kita menghayati konsep Hijrah dalam kehidupan manusia....

Tidak ada komentar: