30 Des 2008

Doakan Buat Umat Islam Di Palestin


Kekuatan Doa Sebagai Senjata Orang Mukmin...

29 Des 2008


Wahai Umat Islam Di Seluruh Dunia....
Marilah sama-sama Kita Membaca Qunut Nazilah
sebagai Doa kita buat umat Islam di Palestin

agar mereka di beri kekuatan & semangat yang tinggi oleh Allah

dalam menghadapi serangan dari regim yahudi laknatullah.....

Doa kita sebagai senjata buat mereka
yang sekarang ini tengah berjuang

membela serta mempertahankan
KEIZZAHAN & KESUCIAN agama ISLAM.......
tunjukkan sikap peduli kita terhadap
nasib saudara-saudara kita di bumi palestin....
insya allah... disana akan ada pertolongan dari ALLAH....
ALLAHU AKHBAR.....


Ya Allah Ya TuhanKu... Selamatkanlah saudara-saudara kami di Bumi Palestina...

Disaat kita alpa dan lalai.... regim haram zionis Israel masih lagi berkeras kepala melancarkan serangan udara mereka ke atas bumi Gaza yang ditadbir oleh HAMAS di Palestin. Terbaru setakat ini menurut agensi berita antarabangsa lebih 225 orang telah syahid dan beratus-ratus lagi cedera dan musnah sama-sekali tempat tinggal mereka.

Bom dan peluru berpandu dilancarkan ke atas bumi yang sesak dan padat dengan penduduk. Rakyat Palestin di Gaza kini disekat dari pelbagai penjuru, makanan kurang, bahanapi kurang, ekonomi tidak menentu, dan dalam keadaan begitu binatang bernama regim zionis ini dengan senang hati menggunakan teknologi dan kekuatan ketenteraan mereka memusnahkan saudara-saudara kita yang lemah dan tidak berdosa itu.

Maghrib semalam.... kita telah memasuki ke tahun Hijrah yang baru, mengingati betapa Rasulullah saw dan para sahabat bersusah-payah berkorban menyeberangi bahang padang pasir, meninggalkan Makkah menuju Madinah dan akhirnya menegakkan Daulah Islamiyah yang pertama, itu 1430 tahun yang lalu. Tetapi hari ini segala yang ditegakkan oleh Baginda kita biarkan begitu sahaja, darah umat yang dicintai Rasulullah saw itu kita biarkan tertitis dan tertumpah ke bumi tanpa pembelaan, malah seolah kita tidak berupaya melakukan apa-apa, cuma menjadi penonton yang bisu dan bacul.

Regim yahudi laknatullah bagaikan telah mencabar kewibawaan umat Islam dengan menyerang menggunakan pelbagai tektik... disaat umat islam palestin sedang merenung diri dalam menghayati sejarah awal tahun Islam iaitu Muharram... mereka telah diserang dari pelbagai sudut oleh regim yahudi laknatullah...

Ya Allah.... berilah kekuatan kepada umat islam di palestin dalam menghadapi kejahatan yang dilakukan oleh regim yahudi laknatullah... berilah mereka ketabahan serta semangat jihad yang tinggi untuk menghadapi golongan yahudi laknatullah....

Ya Allah.... bukakanlah pintu hati pemimpin-pemimpin negara islam agar kembali bersatu demi membela umat islam di palestin... ya Allah kami berserah kepada-Mu untuk memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam di dunia agar dapat menghadapi regim yahudi laknatullah....

Marilah sama2 kita menadah tangan berdoa kepada Allah semoga saudara kita di palestin di beri kekuatan serta semangat dalam menghadapi serangan dari Regim Yahudi Laknatullah....

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 H...


Salam Maal Hijrah..

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan salam maal hijrah 1430H kepada semua penganut agama islam dan para pembaca sekalian...semoga tahun baru pada kali ini menjadi lebih bermakna buat kita semua untuk berubah ke satu tahap yang lebih baik daripada apa yg kita kecapi sekarang.. disini Saya nak kongsikan sedikit sebanyak tentang apa yang berkaitan dengan maal hijrah ni...

Pengertian Hijrah :-

Hijrah (
هِجْرَة), ataupun perpindahan, biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan

Maal Hijrah atau Awal Muharram ialah hari bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langit.


Antara perkara-perkara yang disunatkan:-

1.Baca doa akhir dan awal tahun.

2.Berpuasa 1-10 Muharam kalau mampu. Tapi pastikan puasa 9 dan 10 Muharam berturut-turut, kalau boleh puasa. Jangan berpuasa 9 Muharam dan 10 sahaja.

3.Pada 10 Muharam disunatkan menggosokkan kepala anak yatim dan bersedekah kepada mereka.

4.Lebihkan perbelanjaan keluarga pada hari 10 Muharam.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (30hb Zulhijjah 1429) (ahad 28/12/2008).

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.

Sempena dengan awal tahun hijrah (muharram).... marilah sama-sama kita berhijrah seluruh jiwa & raga dalam melaksanakan perintah Allah..... berhijrah dari kejahilan kepada kebaikan.... bersama kita menghayati konsep Hijrah dalam kehidupan manusia....

25 Des 2008

7 Golongan yang mendapat naungan dari Allah

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab: ”Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

23 Des 2008

Muhasabah Diri Buat Pejuang Dakwah..


Hadits Nabi S.A.W. :-

" orang yang bijak adalah orang yg mampu mengendalikan & mengawal
diri serta beramal untuk kehidupanya sesudah meninggal...
sedangkan orang yang lemah adalah orang yang mengikut hawa nafsunya
dan berharap kepada ALLAH dengan harapan @ angan-angan yang kosong"
(hadits riwayat at-tirmidzi)



21 Des 2008


Musibah Sekadar Ujian Ketabahan & Ketakwaan

MUSIBAH ialah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain, musibah dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang. Meskipun begitu, Allah (SWT) menjadikan musibah sebagai ujian ke atas hamba-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Kemudian Allah (SWT) jelaskan mengenai orang yang sabar dalam firman-Nya yang bermaksud:

“(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah (SWT) dan kepada-Nya (Allah (SWT)) jugalah (tempat) kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

Dalam ayat itu Allah (SWT) menyatakan bahawa setiap hamba-Nya akan diuji. Ujian Allah (SWT)berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti bencana banjir, tanah runtuh, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Ini untuk membuktikan siapakah yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah (SWT) dalam apa juga keadaan ditempuhinya.

Jelaslah orang yang sabar itu tetap beriktikad bahawa diri mereka hamba dan milik Allah walaupun ditimpa musibah amat berat. Malah mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah (SWT) dan sentiasa takuti azab-Nya.

Ibn Kathir (1992) ketika mentafsir ayat itu menjelaskan: “Dengan melafazkan ayat ini menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah menimpanya dan mengakui bahawa dirinya adalah hamba dan milik Allah (SWT). Allah (SWT) berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya.”

Untuk memperkukuhkan lagi tafsirannya, Ibn Kathir membawakan beberapa hadis, antaranya yang diriwayatkan Imam Muslim yang bermaksud: “Ummu Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorangpun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu ia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah (SWT)(iaitu firman Allah (SWT), ayat 156 surah al-Baqarah yang bermaksud), “Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah (SWT) dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya Allah (SWT), berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah (SWT) menggantikan baginya dengan yang lebih baik.”

Ummu Salamah berkata: “Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku sering bertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dialah orang pertama hijrah kepada Rasulullah SAW. Pertanyaan itu sering aku mengulanginya, lalu Allah (SWT) menggantikan untukku Rasulullah SAW sendiri.”

Ummu Salamah berkata: “Baginda SAW mengutuskan Hatib bin Balta‘ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri. Lalu Umm Salamah berkata lagi: Aku mempunyai seorang anak perempuan dan aku seorang wanita yang kuat cemburu. Jawab Baginda SAW: Mengenai anak perempuannya kita doakan semoga Allah (SWT) cukupkan segala keperluannya dan aku mendoakan semoga Allah (SWT) hilangkan rasa cemburunya itu.”

Berdasarkan kefahaman hadis itu, balasan Allah (SWT) atas kesabaran Ummu Salamah yang diuji dengan kematian suaminya Abu Salamah, ialah beliau dikahwini oleh Rasulullah SAW.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal yang bermaksud: “Abu Sinan berkata: Selepas aku mengebumikan anakku, aku masih berada di kubur. Tiba-tiba datang Abu Talhah al-Khaulani lantas memegang tanganku dan membawa aku keluar sambil berkata: Adakah engkau suka sekiranya aku menceritakan sesuatu yang menggembirakanmu? Jawab Abu Sinan: Baiklah.

Lalu Abu Talhah berkata bahawa al-Dahhak bin Abd al-Rahman bin ‘Azib menceritakan kepadaku daripada Abu Musa katanya: Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah (SWT) berfirman yang bermaksud: “Wahai Malaikat Maut, engkau mencabut nyawa seorang anak daripada hamba-Ku, engkau mengambil buah hatinya dan anak kesayangannya. Jawab Malaikat Maut: Ya! Lalu Allah (SWT) berfirman, Apa yang ia kata (ketika kematian anaknya itu)? Jawabnya: Ia memuji Engkau dengan berkata kami ini adalah hamba dan milik Allah (SWT) dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Maka Allah (SWT) berfirman: Binalah untuknya sebuah rumah di dalam syurga dan berilah namanya dengan Bait al-Hamd.”

Hadis kedua menjelaskan sikap Abu Sinan tetap memuji Allah (SWT)walaupun anak kesayangan meninggal dunia. Jelaslah ujian Allah (SWT) adalah untuk melihat kekuatan akidah hamba-Nya, sama ada hanya bertuhankan-Nya dalam keadaan senang saja atau terus bertuhankan-Nya dalam apa juga keadaan sekalipun.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Allah (SWT) menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai musibah. Musibah Allah (SWT) bukan sekadar kematian saja, malah ia didatangkan dalam pelbagai bentuk serta keadaan.

18 Des 2008


Sultan Ulama' Al-Izz Ibn Abdul Salam ; Menangani Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar


Sebuah biografi mengenai Sultan Ulama (Yang mempunyai kuasa ke atas Ulama) iaitu al-Izz Ibn Abdul Salam, ulama Syria lampau terkenal dalam menangani amar ma'ruf dan nahi mungkar serta bagaimana beliau menghadapi dan menangani sikap pemimpin ketika itu.

Sejarah berulang kembali, peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman dahulu berlaku juga di zaman sekarang. Sikap dan pendirian ulama’ silam menjadi penantian dan harapan ummah daripada ulama’ hari ini. Ummah telah melalui beberapa krisis yang sentiasa berulang, maka kita perlu kembali mengingati dan mengenangi peristiwa-peristiwa yang lalu semoga ianya dapat menjadi suatu pengajaran dan iktibar.

Kata Dr. Jamil al-Misry rahimahullah: “Orang yang bijak ialah mereka yang sentiasa mengingati sejarah silam serta bersedia untuk menghadapi cabaran yang akan datang.”


Apabila membincangkan tentang amar ma’ruf nahi mungkar, kita akan mengingati suatu sejarah yang berlaku pada kurun yang ke-7, iaitu ketegasan dan keberanian seorang ulama’ yang bangun menentang kemungkaran secara terang-terangan. Sepertimana yang dilakukan oleh seorang sahabat Nabi , Abu Said al-Khudri t terhadap Marwan bin al-Hakam yang merupakan khalifah pada waktu itu. Peristiwa ini berlaku pada suatu Hari Raya. Apabila Marwan bangun untuk menyampaikan khutbah hari raya sebelum solat al-Eid, Abu Said al-Khudri segera menariknya turun serta mengingatkan bahawa sunnah khutbah adalah selepas solat. Marwan menjawab: “Sunnah itu telah pun ditinggalkan.”

Dalam lipatan sejarah ummah ini, telah lahir seorang ulama’ di Damsyik, Syria yang bernama Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Sulami al-Dimasyqi al-Misri al-Syafie, beliau dikenali dengan panggilan al-Izz atau Izzuddin bin Abdul Salam. Beliau digelar Sultan Ulama dan Penjual Raja-Raja. Beliau dilahirkan pada tahun 577H dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 660H.

Berikut adalah beberapa peristiwa yang menunjukkan ketegasan dan keberanian al-Izz dalam menentang kemungkaran:

1. Sewaktu di Damsyik, berlaku peristiwa perbalahan di antara pemerintah Damsyik, al-Saleh Ismail dan pemerintah Mesir, Najmuddin Ayyub. Apabila al-Saleh berasa gentar dengan ancaman Ayyub, beliau telah membuat satu pakatan dengan tentera kafir Salibiyyah untuk membantunya menentang saudaranya Ayyub dengan menjanjikan beberapa negeri dan kawasan kepada Salibiyyah. Peristiwa ini berlaku pada tahun 638H.

Malah beliau juga memberi kebenaran kepada tentera-tentera Salibiyyah memasuki Damsyik dan membeli senjata bagi memerangi Muslimin. Setelah berita ini sampai kepada al-Izz yang merupakan khatib dan Mufti Damsyik pada waktu itu, beliau terus mengeluarkan fatwa haram menjual senjata kepada mereka.

Beliau kemudian menaiki mimbar Masjid al-Umawi mengutuk dan mengecam tindakan al-Saleh tersebut, yang merupakan suatu pengkhianatan besar terhadap umat Islam. Beliau tidak lagi berdoa untuk sultan di dalam khutbahnya, sebaliknya berdoa dengan doa yang menunjukkan bahawa beliau telah menarik kembali bye’ahnya (taat-setianya). Pada masa itu al-Saleh berada di luar Damsyik. Apabila berita ini sampai kepadanya, baginda terus mengeluarkan arahan memecat al-Izz dari jawatan khatib dan mufti Damsyik serta mengarahkan supaya al-Izz ditangkap. Beliau menerima perlucutan jawatannya itu dengan tenang dan sedia berkorban demi menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Setelah dibebaskan dari penjara, al-Izz mengambil keputusan keluar dari Damsyik dan menuju ke al-Quds, Palestin. Kemudian tiba pula al-Saleh Ismail bersama tentera Salibiyyah yang dalam perjalanan menuju ke Mesir. Ketika berada di Quds, baginda menghantar seorang wakil untuk bertemu al-Izz serta memujuknya agar datang mengadap sultan dan mencium tangannya.

Sekiranya beliau berbuat demikian, akan dikembalikan kepada beliau jawatan asalnya. Al-Izz dengan tegas menjawab: “Wahai si miskin. Aku sekali-kali tidak meredhai beliau mencium tanganku, bagaiman pula aku sanggup mencium tangannya.”Utusan itu menjawab: “Jika tuan tidak menerima cadangan ini tuan akan ditangkap kembali.” Al-Izz menjawab: “Buatlah apa yang kamu suka.” Lalu al-Izz pun ditangkap kembali dan dikurung di dalam sebuah khemah yang berhampiran dengan khemah yang didiami oleh sultan dan ketua tentera Salibiyyah. Pada waktu malam terdengarlah suara al-Izz mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan zikir-zikir.

Ketika itu al-Saleh Ismail memberitahu ketua Salibiyyah bahawa inilah ulama’ yang ditangkap kerana enggan bekerjasama dengan baginda. “Beliau ditangkap demi kepentingan kamu”, ceritanya dengan bangga. Ketua tentera Salibiyyah itu sebaliknya menjawab: “Kalaulah ulama’ ini di dalam agama kami, kami akan basuh kakinya dan meminum air basuhan tersebut”. Selepas itu datanglah tentera Ayyub dari Mesir lalu mengalahkan tentera al-Saleh Ismail dan sekutunya Salibiyyah. Akhirnya al-Izz dibebaskan dan dibawa ke Mesir.

2. Di Mesir. Kedatangannya pada tahun 639H telah disambut oleh Sultan Najmuddin Ayyub dengan penuh penghormatan. Namun di Mesir al-Izz berhadapan pula dengan kemungkaran-kemungkaran yang mesti ditentang dan dihapuskan. Najmuddin Ayyub adalah seorang yang sangat garang dan tidak banyak bercakap dengan pegawai-pegawainya kecuali sekadar menjawab pertanyaan sahaja.

Untuk memperkukuhkan pemerintahannya Najmuddin Ayyub telah membeli beberapa orang hamba dari Turki dan mereka diberi latihan ketenteraan. Sebahagian daripada mereka telah mendapat kepercayaan daripada Ayyub sehingga dilantik memegang jawatan ketua tentera dan ada juga yang dilantik sebagai Naib Sultan. Al-Izz pula dilantik menjadi ketua hakim (Qadhi al-Qudhah) dan khatib Mesir.

Ketika melaksanakan tugasnya, al-Izz mendapati wujud beberapa kepincangan dalam pemerintahan, antaranya; beberapa orang Umara’ (pemimpin) masih lagi daripada golongan hamba yang menjadi milik Baitulmal Muslimin. Mengikut hukum syara’, perlantikan mereka ke jawatan-jawatan tersebut tidak sah dan tindakan mereka terbatal. Antara mereka ialah Naib Sultan sendiri. Al-Izz lalu memaklumkan kepada mereka tentang kedudukan mereka di sisi syara’ dan mengambil tindakan membekukan segala tindakan mereka.

Keputusan tersebut telah menimbulkan kemarahan dan tidak puas hati di kalangan umara’ yang masih merupakan golongan hamba. Mereka mengadakan pertemuan dengan Syeikh al-Izz untuk mendapat kerjasama dan penjelasan tentang masa depan dan kedudukan mereka. Tetapi al-Izz mengambil sikap tegas dalam keputusannya bahawa mereka hendaklah dijual secara lelongan terbuka, kemudian dibebaskan mengikut hukum syara’.

Keputusan hukum syara’ tersebut bukan sahaja ditolak dan ditentang bahkan al-Izz diberi layanan kasar oleh Sultan Mesir sendiri. Oleh kerana itu al-Izz membuat keputusan meninggalkan negeri yang enggan melaksanakan Syariah Allah itu. Keputusan tersebut dilaksanakan serta merta. Dengan menggunakan dua ekor keldai, seekor untuk isteri dan barangannya dan seekor lagi untuk tunggangannya, maka keluarlah al-Izz dari Kaherah. Setelah berita al-Izz keluar dari Kaherah diketahui umum, orang ramai dari segenap lapisan masyarakat mengambil keputusan untuk keluar bersama-sama al-Izz dari negeri tersebut, sebagai penentangan terhadap pemerintah yang enggan melaksanakan syariat Allah.

Di sini bermulalah detik pertama, Sultan telah diberi nasihat oleh seorang penasihat yang jujur dengan kata-kata: “Selamatkanlah kerajaanmu! Jika tidak ia akan binasa dengan pemergian al-Syeikh”. Mendengar nasihat itu bergegaslah Sultan menunggang kuda mendapatkan al-Izz untuk memujuk dan melembutkan hatinya supaya kembali semula ke Kaherah. Beliau setuju dengan permintaan sultan itu, dengan syarat semua pegawai kanan kerajaan di kalangan hamba itu hendaklah dijual secara lelong terbuka. Kembalilah al-Izz bersama pengikutnya. Benarlah, sesungguhnya kebenaran dan keadilan mengalahkan kebatilan dan kezaliman.


Setelah al-Izz kembali ke Kaherah dengan syarat tersebut, Naib Sultan cuba campur tangan dalam keputusan yang telah dibuat. Mula-mula dia cuba memujuk al-Izz, setelah tidak berjaya dia mengalih kepada ugutan dan akhir sekali cuba untuk membunuh al-Izz. Setelah semua cara yang digunakan menemui kegagalan akhirnya semua pegawai kanan kerajaan di kalangan hamba termasuklah Naib Sultan sendiri terpaksa tunduk kepada keputusan yang dibuat dan menerima hukuman syara’.


Al-Izz mengiklankan jualan secara lelong terbuka kepada semua rakyat. Beliau memanggil
pegawai kanan kerajaan tersebut seorang demi seorang dan menaikkan harganya sedikit demi sedikit, sehingga sampai kepada harga yang paling tinggi dan tidak mampu lagi dibeli oleh orang perseorangan, maka Sultan Najmuddin membeli mereka itu dengan wangnya sendiri. Kemudian hamba-hamba tersebut dibebaskan dan jawatan-jawatan mereka yang telah dibekukan itu dikembalikan semula. Akhirnya mereka bertugas seperti biasa.

Dari peristiwa inilah as-Syeikh al-Izz rahimahullah dikenali sebagai ‘Penjual Raja-Raja’. Masyhurlah kisah ini keseluruh dunia. Pendirian unggul yang belum pernah disaksikan oleh alam ini, telah menjadi satu catatan sejarah. Suara kebenaran kembali berkumandang, ulama’ dimartabatkan, Syariah Allah dilaksanakan, kebatilan dikalahkan, kekuasaan kerajaan dan kebendaan hancur berkecai dan tersungkur di hadapan kerajaan Allah dan hukum-hukum-Nya. Al-Izz telah mengamalkan kehendak hadis Rasulullah sallallahu’alaihiwassalam yang bermaksud: “Jihad yang paling afdhal ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim”.

Kembalilah al-Izz ke rumahnya dalam jagaan Allah dan pemeliharaan-Nya sambil membaca firman Allah yang bermaksud: {Sesungguhnya Allah akan mempertahankan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai semua pengkhianat lagi kufur”}. . Beliau juga membaca firman Allah yang bermaksud: {Dan Allah amat berkuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”}. .

Demikianlah ketegasan seorang ulama’ yang telah melaksanakan amanah yang dipikulnya. Memang ummah ini telah diberi gelaran ‘khaira ummah‘ oleh Allah kerana tugas mereka mengajak manusia ke jalan yang benar, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: {Kamu adalah ummat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada mungkar dan beriman kepada Allah”}. .

Ummah sentiasa menanti tindakan yang dilakukan oleh ulama’ apabila berlakunya kemungkaran dan mereka akan bersama para ulama’ tersebut, tetapi apabila lesunya ulama’ dalam menangani masalah ummah maka berleluasalah segala bentuk maksiat dan kemungkaran. Di sini dapat diperhatikan betapa pentingnya kesatuan ulama’ (wehdatul ulama’).

Apabila seorang daripada kalangan ulama’ menegur kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah atau sesiapa saja, maka yang lain hendaklah memberi sokongan sebagaimana yang berlaku kepada al-Izz, bukannya mengeluarkan fatwa lain yang bercanggah sebagaimana yang berlaku kepada ummah sekarang. Contohnya; apabila seorang ulama’ mengajar kaum wanita supaya menutup aurat dan tidak bertabarruj, sepatutnya semua ulama’ menyokong dan bukannya mengeluarkan kenyataan kononnya ajaran tersebut menyekat hak individu dan sebagainya. Atau membuat tafsiran yang mengelirukan ummah dengan berselindung di sebalik slogan “kesederhanaan Islam”.

Secebis peristiwa di atas adalah contoh ketegasan ulama’ ummah yang menjadi obor dan panduan di jalan dakwah. Sesungguhnya amat benar firman Allah yang bermaksud: {Di antara orang-orang mukmin itu terdapat golongan yang telah menepati perjanjian mereka kepada Allah, maka di antara mereka ada yang telah gugur (syahid) dan ada pula yang menunggu-nunggu, dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)}.


http://tamanulama.blogspot.com.


16 Des 2008

Tuntutan Kesabaran dan Keikhlasan Dalam Perjuangan Islam..

Ramai yang kurang memahami sunnah perjuangan Islam. Lantas mereka cepat terpedaya dengan tarikan perhiasan dunia, tewas dengan tipu daya musuh dan tidak tahan pelbagai ujian untuk mempertahankan perjuangan Islam.

Fathi Yakan menegaskan kewajiban perjuangan Islam ada tiga matlamat;

1. Membentuk sebuah masyarakat Islam yang terlaksana di dalamnya seluruh sistem Islam sehingga tiada lagi ketundukan, kepatuhan dan kedaulatan kecuali kepada Allah s.w.t.

2. Mengembangkan dan mempertahankan masyarakat Islam yang tertubuh itu dalam apa jua bentuk bagi memastikan ia terus terlaksana.

3. Meneruskan kesinambungan masyarakat Islam itu untuk generasi seterusnya sebagai sistem hidup sepanjang zaman.

Ertinya mempertahankan kerajaan Islam adalah wajib. Oleh kerana pahala dalam perjuangan jihad ini amat besar, maka pastinya setiap ketiga-tiga peringkat itu perjuangan Islam itu akan diuji dengan pelbagai mihnah kerana ujian itulah sumber yang membekalkan segala kekuatan Islam.

Segala ujian ini telah dilalui Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya semasa menubuhkan kerajaan Islam di Madinah, mempertahankan dan meneruskan kesinambungannya yang menghadapi tekanan Yahudi, munafik dan orang-orang musyirikin, malah serangan dunia antarabangsa dari Rom dan Farsi yang menguasi dunia waktu itu.

Apakah rahsia kekuatan Rasulullah s.a.w dan sahabatnya sehingga mereka sentaisa bersedia mempertahankan negara Islam Madinah.

1. Menyakini secara bulat serta tekad hanya Islam satu sistem hidup yang menjamin keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat seperti firman-Nya;

Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai waf of life maka selama-lamanya (amalannya) tidak diterima sedang ia di akhirat daripada orang-orang yang rugi"-(Al Imaran:85)...

2. Seluruh umat Islam bergabung, berkerjasama, bertolarensi dan menyatu misi dan visi di bawah satu Ummatan wahidah – ummat yang bersatu. Mereka bersatu menolak fahaman atau ideologi ciptaan manusia berupa nasioanlisme, kekabilahan dan sempit;

“Sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang bersatu dan Akulah tuhan kamu, maka abdikan diri kamu untuk-Ku”. ( al-Anbia:92)....

3. Kesanggupan mengorbankan seluruh potensi yang dimiliki samada nyawa, harta, tenaga, fikiran malah keluarga demi kepentingan Islam dalam keadaan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t;

”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.” (al-Taubat:111)...

4. Kesabaran mengharungi segala bentuk ujian samada ujian fizikal atau ujian psikologi yang sering memperalatankan harta duniawi berupa wang, pangkat, kemajuan, pembangunan malah ugutan dan serangan.

Perhatikanlah kenapa Allah meletakkan sabar dipermulaan ayat dalam hal perjuangan Islam serta lihatlah penghujung kepada perjuangan itu mereka akan di masukkan ke dalam syurga dan dipakaikan pakaian hijau daripada sutera. Mari kita menghayati sunnah dalam surah al-Khafi ( 28-31).....

”Dan Bersabarlah dirimu (wahai Muhammad ) bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya Telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” ( al-Kahfi: 28)...


“Dan Katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) Biarlah ia kafir". Sesungguhnya kami Telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek”. ( al-Kahfi: 29)..

Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik”. ( al-Kahfi: 30)...

“Mereka Itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai Pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah;” ( al-Kahfi:31)...

Kesabaran serta keikhlasan amat penting dalam perjuangan Islam.. ini kerana melalui kedua-dua konsep inilah kita akan beroleh kemanisan dalam perjuangan ISLAM….

15 Des 2008

APA DAH JADI; KEBIADABAN MANUSIA MEROSAKKAN KETURUNAN, AGAMA & BANGSA..


Apa dah jadi????? Sekarang manusia semakin bersifat seperti binatang. Sudah tidak mengenal agama dan nilai-nilai kehidupan yng islamik. Apakah manusia lupa bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat. Adakah manusia menyangka mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa batasan sehingga mereka lupa dalam menghayati norma-norma kehidupan yang berpandukan pada Al-Quran dan As-Sunnah.

Nah…… inilah akibat nya bila manusia terpengaruh dengan pelbagai ideology yang ditaja oleh golongan kuffar dan yahudi… akhirnya kita melihat manusia bertindak di luar batasan dan terlalu bebas tanpa menilai menggunakan akal kurniaan Allah… akibat dari gelagat manusia yang sudah mengenal erti kasih sayang sehinggakan mereka sanggup memperlakukan zuriat keturunan mereka dengan perkara yang jahat dan tidak berperikemanusiaan…

Fenomena yang terjadi tentang kes pembuangan bayi oleh manusia yang bodoh dan jahat… mereka tahu berzina tapi bila mengandung mereka membuang bayi tersebut.. mereka seronok berzina tapi akhirnya mereka takut dengan bayangan anak mereka sendiri… anak yang dilahirkan tersebut suci dari dosa tapi dibuang tanpa perasaan kasih sayang oleh seorang ibu yang tahu membuat dosa tapi tak tahu nak bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

Adakah manausia yang tergamak membuang bayi yang baru lahir ke dalam lubang tandas awam? Hamba Allah yang baru lahir ke dunia ini diperlakukan demikian, hilang langsung kewarasan dan kemanusiaan apabila insan yang tidak berdosa ini dicampak begitu sahaja bagaikan barangan yang itdak berguna.

Inilah bukti di dalam Berita Harian hari ini, seorang bayi ini dijumpai masih hidup dalam lubang tandas awam di Pasar Basah, Lembah Keriang, Changlun. Bayi ini dipercayai telah dibuang akibat dari hasil penzinan…..

Siapakah ibu, siapakah bapanya? Melayu, Cina, India, Siam, tidak pula diketahui. Apa pun yang pasti makhluk bergelar haiwan sekalipun tidak akan memperlakukan sedemikian pada anak kandungnya. Saya pasti bagi mereka yang prihatin, gambar ini suatu petanda yang sangat membimbangkan terhadap keadaan sosial masyarakat kita. Adakah kita telah melahirkan suatu generasi manusia yang tiada lagi pertiumbangan akhlak dan adab, yang sudah barang sekelumit roh keimanan dalam jasadnya?

Siapakah yang bersalah? Adakah kita perlu membuka gelanggang tuduh-menuduh dan tuding-menuding, atau lebih baik kita bermuhasabah dan mencari jalan penyelesaian, merangka pelan yang dapat membina kembali generasi yang beriman dan bertaqwa, agar tiada lagi bayi yang lain akan menimpa nasib yang sama.

Jumaat lepas diadakan satu taklimat di Pejabat Daerah Sepang. Antara yang ditaklimatkan adalah bilangan mereka yang bernikah dan bercerai di Daerah Sepang. Sungguh menyedihkan apabila diberitahu bahawa bilangan mereka yang bercerai semakin meningkat sehingga hampir mencecah separuh dari yang bernikah.

Apabila ada hadirin yang bertanya kepada Kadi Daerah apakah punca dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya, kata Kadi tadi, ini perkara biasa, subhanallah. Jawapan Kadi itu telah ditegur oleh EXCO Agama Selangor, Dato Dr Hasan Ali yang diraikan dalam majlis itu. Kata Dr Hasan macam mana Kadi boleh katakana ia perkara biasa sedangkan bergegar arasy Allah apabila berlaku perceraian!

Inilah antara perkara yang perlu diperkemaskan. Institusi agama, pendidkan dan semua pihak yang terlibat dalam membentuk akhlak masyarakat (samada ibu-bapa, sekolah, masjid dan lain-lain). Apabila kita longgar dan lalai dalam aspek agama, tatkala itu tiada lagi pertimbangan dosa dan pahala, manusia menjadi individualistic, yang penting adalah nafsu dan halobanya. Agama, masyarakat dan peradaban dicampak ke tepi.

Marilah kita sama-sama menginsafi perkara ini dan bersama berusaha memperbaiki dan mengislahkannya dimana sahaja kita ada kesempatan dan peluang untuk melakukannya.

BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra. Kita berdoa semoga bayi tersebut hidup dan bayi tersebut akan menjadi saksi kepada dunia diatas kebiadapan ibu bapa mereka.. alangkah sadis nya kita bila melihat ummat Islam sekarang sudah mula terpedaya dengan ideology materialisme, hedonisme, liberalisme, sekularisme dll. Dan pemikiran kita sudah dijajah oleh mereka.

Bila nafsu dijunjung tinggi tanpa batasan akal yang waras dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah akhir manusia kecundang dengan ego dan kebongkokan sendiri…. Sedar lah wahai ummat Islam… sampai bila pemikiran dan Negara kita perlu dijajah oleh barat.. sudah sampai masa nya kita melihat kembali nya Daulah Islamiah dan Khilafah Islamiah tertegak dan terlaksana di muka bumi…

14 Des 2008

Bekalan Para Pendakwah ; Sukarnya Mendidik Hati Untuk Menerima Sebuah Teguran..

Kita sesungguhnya sebagai insan, adalah makhluk yang sangat lemah. Allah s.w.t. sendiri menjelaskan hakikat ini dalam firmanNya yang bermaksud ; “dan manusia dijadikan bersifat lemah” [Surah An-Nisaa’ ayat 28].. Lemahnya seorang manusia itu sehingga ia pada bila-bila masa sahaja terdedah dengan kesilapan dan kesalahan. Bila-bila masa sahaja… dan sesiapa sahaja… termasuklah seorang daie itu sendiri.

Catatan kali ini adalah sebagai muhasabah kita bersama khususnya para duat atau daie ilalLah. Antara bencana besar yang sangat berisiko menimpa kita sebagai daie, murabbi, ketua, pemimpin atau sesiapa sahaja yang memiliki kelebihan atau kedudukan ialah bencana EGO.

Lantaran kita sahaja yang sering membimbing dan mendidik, memimpin dan menunjuk, sering menyampaikan nasihat dan bertazkirah.. ia boleh menimbulkan sejenis penyakit sampingan yang terkadang tidak disedari kecuali oleh mereka yang mendapat taufik Allah s.w.t. iaitu penyakit sukar menerima teguran, nasihat mahu pun kritikan.

Secara lisan memang mudah untuk seorang yang telah memiliki kedudukan tertentu di mata manusia untuk menyatakan bahawa “kita mestilah boleh menegur dan ditegur!” namun, secara hakikatnya Allah s.w.t. sahaja yang tahu bagaimana sukarnya membuang bisikan mazmumah ketika diri kita ditegur dan dikritik.Di antara kuman atau virus biasa yang akan mendampingi kita (daie, murabbi, qiyadah dsb) tatkala ditegur, dinasihati ataupun dikiritik ialah ;

  • Sukar menerima kesilapan dan kesalahan yang dikritik
  • Mencari justifikasi untuk membenarkan atau mempertahankan kesalahan tersebut
  • Segera berpaling kepada kelemahan dan keburukan yang ada pada si penegur
  • Mempertahankan kesalahan sendiri dan memburukkan peribadi si penegur

Kuman-kuman dan virus tersebutlah sekiranya tidak dihapuskan dengan segera akan mendedahkan kepada situasi yang lebih buruk sehingga membawa kepada terkoyaknya persaudaraan Islam dan timbulnya bibit-bibit permusuhan. Bagaimanakah cara untuk mencegah diri dari ditimpa oleh risiko penyakit jiwa yang merbahaya ini? Di antara tips nya ialah :

  • Sewaktu menerima kritikan dan teguran di atas kesalahan yang memang kita lakukan, berfikirlah dengan dengan akal dan jiwa yang waras, tidak emosional dan dikuasai perasaan.
  • Berusaha melihat sesuatu dengan berjiwa besar dan berpandangan luas (big picture). Sekiranya timbul perasaan malu dan jatuh maruah ketika ditegur, yakinkan diri dengan segera bahawa orang yang berlapang dada dengan teguran akan lebih dihormati.
  • Segera bersangka baik bahawa si penegur yang menasihati kita tersebut sebenarnya sangat sayang akan kita sehingga ia sangat berharap perubahan yang positif dari tegurannya, bukan merendahkan kita.
  • Anggaplah bahwa kejadian ditegur atas kesilapan ini adalah cara Allah s.w.t. mendidik kita secara langsung. Allah sangat sayang kepada kita sehingga ditakdirkan ada orang yang berani menegur dan memperbaiki kesilapan kita. Nikmatilah tarbiyah Allah ini..
  • Bersyukur lantaran ada orang yang menegur agar kita tidak semakin leka, lalai dan terseleweng. Bayangkan jika kita terus di atas jalan kesilapan tersebut.. bagaimana natijahnya?

Ingatlah bahawa Rasulullah s.a.w. juga ditegur oleh Allah s.w.t. dalam peristiwa bersama Abdullah bin Ummi Makhtum yang buta. Tatkala Rasulullah s.w.t. sibuk melayani kalangan pimpinan dan pembesar kafir Quraisy sehingga merasa agak tidak selesa dengan kedatangan Sahabat yang buta lagi miskin ini datang untuk meminta pengajaran. Allah s.w.t. lantas menegur Nabi s.a.w. di atas perkara tersebut. Selepas turun surah ini, Rasulullah s.a.w. terus menyebarkannya agar dijadikan iktibar kepada umat yang lain. Dan jika Baginda bertemu dengan Abdullah bin Ummi Makhtum, baginda akan menyapanya dengan berkata: " Selamat bertemu dengan orang yang menyebabkan aku dikecam oleh Tuhanku". Inilah tarbiyah Allah s.w.t.

Inilah yang ditunjukkan pemimpin Islam selepas era pasca nabawi sebagai menterjemahkan amalan dan sunnah Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar al-Siddiq umpamanya, dalam ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai khalifah meminta umat membetulkannya jika dia melakukan penyelewengan. Kata beliau, “andainya aku melakukan kebaikan, bantulah; tetapi andainya aku melakukan kesalahan, perbetulkanlah aku… patuhilah aku selama aku mentaati Allah, tetapi andainya aku sudah tidak mentaati Allah, kamu tidak perlu mematuhi aku lagi…”

Khalifah Sayyidina Umar al-Khattab juga berlapang dada menerima teguran daripada seorang wanita berkenaan saranan beliau supaya kadar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak pengantin perempuan haruslah rendah kadarnya. Wanita berkenaan menempelak pandangan Khalifah dan menegaskan bahawa sebarang penetapan kadar mas kahwin sememangnya hak pengantin perempuan dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan. Khalifah tidak menganggap teguran tersebut sebagai perkara yang memalukan bahkan menegaskan dengan kata-katanya, "Perempuan ini benar dan Umar telah bersalah". Penegasan Khalifah seiring dengan doa beliau sebagai seorang pemimpin yang menyebut sebagai, "Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku".

Jika Rasulullah s.a.w. juga boleh ditegur, para sahabat besar juga bersedia ditegur.. siapalah kita untuk membesarkan diri (ego) dari menerima teguran??? Firman Allah S.W.T. :

"Dan apabila orang-orang yang apabila ia melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakh lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa mereka selain dari Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji tersebut sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasan mereka keampunan dari Tuhan mereka dan balasan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kekal mereka di dalamnya, itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal." [Surah Ali 'Imran: ayat 135-136]

[sumber artikel dari http://hazmidibok.blogspot.com/]

6 Des 2008

SALAM EID' ADHA @ HARI RAYA QURBAN

2008/1429 HIJRAH…

Semoga Eid' Adha 1429 H akan menyemarakkan hati dan jiwa kita, sebagaimana pengorbanan, keikhlasan, kesabaran serta ketaatan Nabi Ibrahim dalam melaksankan perintah Allah …..

Oleh itu… wahai kaum muslimin…. Rebutlah peluang yang masih ada ini dalam kita melaksanakan perkara yang dituntut oleh Allah….

Perbanyakkan amalan ibadat, sedekah & berbuat kebaikan agar semua ini dapat memberi manafaat yang besar buat kita dan beroleh ganjaran pahala…..

Semoga roh & semangat dari pelaksanaan ibadat qurban akan dapat kita hayati bersama demi melihat kembali Islam akan kembali gemilang dan bersinar ke seluruh pelosok dunia….

Sebagai umat Islam… banyak pengajaran serta iktibar yang boleh kita ambil sempana peristiwa penyembelihan Nabi Ismail Oleh Nabi Ibrahim..

Bagaimana ketaatan, pengorbanan, keihklasan serta kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan segala perintah dan suruhan ALLAH…Nabi Ibrahim bersedia mengorbankan puteranya yang tercinta Nabi Allah Ismail a.s demi akur dan patuh akan perintah Allah swt, walaupun akhirnya yang dikorbankan adalah binatang lain yang digantikan oleh Allah swt, yang pentingnya di sini adalah komitmen dan kesediaan menerima dan menjunjung titah perintah Allah swt walaupun ia melibatkan sesuatu yang kita kasihi atau hargai.

Akhirnya….. pengorbanan, keihklasan serta semangat ukhuwwah merupakan nadi dalam kehidupan umat ISLAM dalam kita menghayati serta memahami konsep & pengajaran dalam ibadah tersebut.……

Ya Allah Ya TuhanKU…. Engkau teguhkanlah keimanan dan ketaqwaan hambamu ini dalam perjuangan Islam..

Ya Alllah.. engkau tetapkanlah jiwa dan hatiku di atas perjuangan ISLAM… dan janganlah engkau membolak-balikkan hati ini Ya Allah… tetapkanlah di atas agama mu (Islam)… Amin….