16 Jan 2009

Syahid Cita-cita Kami....

Pemimpin Kanan Hamas yang paling ditakuti Israel Syahid Dalam Serangan Jet Tentera Zionis Semalam

Salah seorang pemimpin kanan gerakan Hamas di Gaza, Said Siyam, syahid karena serangan udara tentera zionis semalam.

Said Siyam, adalah Menteri Dalam Negeri kerajaan Hamas, terbunuh dalam serangan udara terhadap rumah saudaranya dekat Kota Gaza.

Sebelum daripada kejadian itu, berlaku pertempuran hebat diantara pejuang hamas dibawah kendaliannya dengan pasukan darat dan kereta kebal Israel yang semakin menghampiri pusat Kota Gaza.

Badan bantuan PBB, UNRWA, mengatakan sebagian pejabatnya dan tempat penyimpanan makanan bantuan kemanusiaan di Gaza terbakar dan musnah karena terkena serangan jet pejuang tentera zionis Israel.

Sebagai menteri dalam negeri Siyam memimpin ribuan pasukan keamanan Hamas di Gaza. Dia juga ditakuti kebanyakan orang kerana ketegasannya.

Anak laki laki dan saudara laki lakinya juga terbunuh syahid dalam serangan tersebut, disamping dua pejabat Hamas lainnya - turut terbunuh syahid ialah Pengarah keamanan bahagian dalam negeri Saleh Abu Sharkh, dan pemimpin Hamas setempat, Mahmoud Abu Watfah.

Siyam adalah salahseorang anggota paling senior Hamas yang terbunuh syahid dalam operasi ketenteraan Israel yang memasuki hari ke 20 .

Dia menjadi anggota “kepemimpinan kolektif” pasukan pejuang Hamas tahun 2004 setelah Sheikh Yassin dan Abdel-Aziz Rantissi dibunuh Israel.

Dia syahid di akhir peperangan sengit yang berlaku di antara pejuang Hamas dan tentera Israel yang juga memusnahkank kompleks PBB di Kota Gaza.

Juribicara UNRWA Christopher Gunnes mengatakan pegawai PBB terluka dalam serangan tersebut.

Sekitar 700 orang berlindung di kompleks tersebut ketika serangan berlaku, katanya, dan kebakaran memusnahkan bekalan makanan bantuan dan ubat ubatan.

Ya Allah... berilah kemenangan kepada mujahidin dan umat ISLAM di PALESTIN......

Tidak ada komentar: