4 Jan 2009

Mengimbau Sejarah......

Bersama Muhasabah diri
agar menjadi Ummat Yang Terbaik..


Tahun 2008 telah berlalu dengan meninggalkan pelbagai kenangan serta pengajaran buat kita... dalam menyingkap sejarah 2008 sebagai pengajaran buat manusia agar tidak mengulangi kembali pada tahun 2009. Allah telah menjelaskan didalam al-Quran berkaitan dengan kewajipan manusia melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar yang bermaksud :-"kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia serta menyuruh melakukan yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar"...... surah ali-Imran:11

Istifadah dari ayat diatas ialah betapa untungnya umat islam kerana diberi kemuliaan oleh Allah menjadi umat yang terbaik.... dalam memahami konteks ayat diatas wajar kita merenung kembali apa yang telah kita buat untuk ISLAM.. adakah sekadar amal ibadah atau zikir dan lain-lain lagi... mungkin sebahagian manusia beranggapan bahawa ini sudah mencukupi buat dirinya....

Tetapi..... renunglah kembali ayat Allah ini yang meletakkan kewajipan kepada kita dalam melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar yang bermaksud :-"dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. merekalah orang-orang yang beruntung"... surah ali-imran:104...

Betapa beratnya peranan serta tanggungjawab kita dalam meng-islah-kan kembali manusia agar kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar... peranan ini menuntut kesabaran serta pengorbanan kita...

Dalam kita menilai prilaku manusia.... tahun 2008 telah menyaksikan pelbagai perkara yang telah meruntuhkan nilai-nilai ISLAM antaranya...
  1. Pesta Seks sempena sambutan Tahun Baru...
  2. Sambutan Tahun baru yang melalaikan serta merosakkan remaja..
  3. Kes-kes salah laku remaja meningkat seperti dadah... merogol.. lumba haram... meragut dan banyak lagi yang tak mampu ditulis satu persatu...
  4. budaya Hedonisme (hiburan) yang melalaikan...
  5. konsert dan karnival hiburan yang menjerumus ke arah maksiat kepada Allah..
  6. yang paling teruk ialah serangan regim yahudi laknatullah ke atas bumi Palestin... apa sumbangan serta peranan kita??????????????
Di atas hanyalah beberapa sahaja sekadar renungan kita bersama dalam mempastikan Tahun 2009 akan mula menyebarnya budaya Islam dalam masyarakat kita... masyarakat sekarang perlu kepada ajaran islam yang sebenar... kewajipan kita sudah bermula....

Benarlah...... peringatan Nabi di dalam hadisnya yang bermaksud :-"dari huzaifah bahawa nabi bersabda: demi tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya. hendaklah kalian melakukan amar makruf dan nahi mungkar. jika tidak, Allah akan mengirimkan siksa kepada kalian. stelah itu, kalian berdoa dan tidak dikabulkan Allah"... hadits riwayat tirmidzhi dalam kitab Riyadhus Shaolihin.

Ayuh umat ISLAM... mula diri kalian dengan sentiasa memikirkan ISLAM... kita bersatu demi mengembalikan keizzahan serta kegemilangan ISLAM.. penuhi kehidupan dan hari kita dengan prilaku ISLAM... agar mendapat redho ALLAH...

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"...
ALLAH AKBAR...






Tidak ada komentar: