
30 Des 2008
29 Des 2008

Marilah sama-sama Kita Membaca Qunut Nazilah
sebagai Doa kita buat umat Islam di Palestin
agar mereka di beri kekuatan & semangat yang tinggi oleh Allah
dalam menghadapi serangan dari regim yahudi laknatullah.....
Doa kita sebagai senjata buat mereka
yang sekarang ini tengah berjuang
membela serta mempertahankan
KEIZZAHAN & KESUCIAN agama ISLAM.......
tunjukkan sikap peduli kita terhadap
nasib saudara-saudara kita di bumi palestin....
insya allah... disana akan ada pertolongan dari ALLAH....
ALLAHU AKHBAR.....

Bom dan peluru berpandu dilancarkan ke atas bumi yang sesak dan padat dengan penduduk. Rakyat Palestin di Gaza kini disekat dari pelbagai penjuru, makanan kurang, bahanapi kurang, ekonomi tidak menentu, dan dalam keadaan begitu binatang bernama regim zionis ini dengan senang hati menggunakan teknologi dan kekuatan ketenteraan mereka memusnahkan saudara-saudara kita yang lemah dan tidak berdosa itu.
Maghrib semalam.... kita telah memasuki ke tahun Hijrah yang baru, mengingati betapa Rasulullah saw dan para sahabat bersusah-payah berkorban menyeberangi bahang padang pasir, meninggalkan Makkah menuju Madinah dan akhirnya menegakkan Daulah Islamiyah yang pertama, itu 1430 tahun yang lalu. Tetapi hari ini segala yang ditegakkan oleh Baginda kita biarkan begitu sahaja, darah umat yang dicintai Rasulullah saw itu kita biarkan tertitis dan tertumpah ke bumi tanpa pembelaan, malah seolah kita tidak berupaya melakukan apa-apa, cuma menjadi penonton yang bisu dan bacul.
Regim yahudi laknatullah bagaikan telah mencabar kewibawaan umat Islam dengan menyerang menggunakan pelbagai tektik... disaat umat islam palestin sedang merenung diri dalam menghayati sejarah awal tahun Islam iaitu Muharram... mereka telah diserang dari pelbagai sudut oleh regim yahudi laknatullah...
Ya Allah.... berilah kekuatan kepada umat islam di palestin dalam menghadapi kejahatan yang dilakukan oleh regim yahudi laknatullah... berilah mereka ketabahan serta semangat jihad yang tinggi untuk menghadapi golongan yahudi laknatullah....
Ya Allah.... bukakanlah pintu hati pemimpin-pemimpin negara islam agar kembali bersatu demi membela umat islam di palestin... ya Allah kami berserah kepada-Mu untuk memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam di dunia agar dapat menghadapi regim yahudi laknatullah....
Marilah sama2 kita menadah tangan berdoa kepada Allah semoga saudara kita di palestin di beri kekuatan serta semangat dalam menghadapi serangan dari Regim Yahudi Laknatullah....
Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 H...
Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan salam maal hijrah 1430H kepada semua penganut agama islam dan para pembaca sekalian...semoga tahun baru pada kali ini menjadi lebih bermakna buat kita semua untuk berubah ke satu tahap yang lebih baik daripada apa yg kita kecapi sekarang.. disini Saya nak kongsikan sedikit sebanyak tentang apa yang berkaitan dengan maal hijrah ni...
Pengertian Hijrah :-
Hijrah (هِجْرَة), ataupun perpindahan, biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.
Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan
Maal Hijrah atau Awal Muharram ialah hari bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langit.
Antara perkara-perkara yang disunatkan:-
1.Baca doa akhir dan awal tahun.
2.Berpuasa 1-10 Muharam kalau mampu. Tapi pastikan puasa 9 dan 10 Muharam berturut-turut, kalau boleh puasa. Jangan berpuasa 9 Muharam dan 10 sahaja.
3.Pada 10 Muharam disunatkan menggosokkan kepala anak yatim dan bersedekah kepada mereka.
4.Lebihkan perbelanjaan keluarga pada hari 10 Muharam.
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (30hb Zulhijjah 1429) (ahad 28/12/2008).
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.
Sempena dengan awal tahun hijrah (muharram).... marilah sama-sama kita berhijrah seluruh jiwa & raga dalam melaksanakan perintah Allah..... berhijrah dari kejahilan kepada kebaikan.... bersama kita menghayati konsep Hijrah dalam kehidupan manusia....
25 Des 2008
7 Golongan yang mendapat naungan dari Allah
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
1. Pemimpin (imam) yang adil.
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib
4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab: ”Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.
6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.
Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.
23 Des 2008
Muhasabah Diri Buat Pejuang Dakwah..

Hadits Nabi S.A.W. :-
" orang yang bijak adalah orang yg mampu mengendalikan & mengawal
diri serta beramal untuk kehidupanya sesudah meninggal...
sedangkan orang yang lemah adalah orang yang mengikut hawa nafsunya
dan berharap kepada ALLAH dengan harapan @ angan-angan yang kosong"
(hadits riwayat at-tirmidzi)
21 Des 2008

Musibah Sekadar Ujian Ketabahan & Ketakwaan
MUSIBAH ialah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain, musibah dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang. Meskipun begitu, Allah
menjadikan musibah sebagai ujian ke atas hamba-Nya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)
Kemudian Allah
jelaskan mengenai orang yang sabar dalam firman-Nya yang bermaksud:
“(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan kepada-Nya (Allah
) jugalah (tempat) kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)
Dalam ayat itu Allah
menyatakan bahawa setiap hamba-Nya akan diuji. Ujian Allah
berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti bencana banjir, tanah runtuh, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Ini untuk membuktikan siapakah yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah
dalam apa juga keadaan ditempuhinya.
Jelaslah orang yang sabar itu tetap beriktikad bahawa diri mereka hamba dan milik Allah walaupun ditimpa musibah amat berat. Malah mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah
dan sentiasa takuti azab-Nya.
Ibn Kathir (1992) ketika mentafsir ayat itu menjelaskan: “Dengan melafazkan ayat ini menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah menimpanya dan mengakui bahawa dirinya adalah hamba dan milik Allah
. Allah
berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya.”
Untuk memperkukuhkan lagi tafsirannya, Ibn Kathir membawakan beberapa hadis, antaranya yang diriwayatkan Imam Muslim yang bermaksud: “Ummu Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorangpun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu ia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah
(iaitu firman Allah
, ayat 156 surah al-Baqarah yang bermaksud), “Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah
dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya Allah
, berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah
menggantikan baginya dengan yang lebih baik.”
Ummu Salamah berkata: “Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku sering bertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dialah orang pertama hijrah kepada Rasulullah SAW. Pertanyaan itu sering aku mengulanginya, lalu Allah
menggantikan untukku Rasulullah SAW sendiri.”
Ummu Salamah berkata: “Baginda SAW mengutuskan Hatib bin Balta‘ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri. Lalu Umm Salamah berkata lagi: Aku mempunyai seorang anak perempuan dan aku seorang wanita yang kuat cemburu. Jawab Baginda SAW: Mengenai anak perempuannya kita doakan semoga Allah
cukupkan segala keperluannya dan aku mendoakan semoga Allah
hilangkan rasa cemburunya itu.”
Berdasarkan kefahaman hadis itu, balasan Allah
atas kesabaran Ummu Salamah yang diuji dengan kematian suaminya Abu Salamah, ialah beliau dikahwini oleh Rasulullah SAW.
Dalam hadis lain yang diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal yang bermaksud: “Abu Sinan berkata: Selepas aku mengebumikan anakku, aku masih berada di kubur. Tiba-tiba datang Abu Talhah al-Khaulani lantas memegang tanganku dan membawa aku keluar sambil berkata: Adakah engkau suka sekiranya aku menceritakan sesuatu yang menggembirakanmu? Jawab Abu Sinan: Baiklah.
Lalu Abu Talhah berkata bahawa al-Dahhak bin Abd al-Rahman bin ‘Azib menceritakan kepadaku daripada Abu Musa katanya: Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah
berfirman yang bermaksud: “Wahai Malaikat Maut, engkau mencabut nyawa seorang anak daripada hamba-Ku, engkau mengambil buah hatinya dan anak kesayangannya. Jawab Malaikat Maut: Ya! Lalu Allah
berfirman, Apa yang ia kata (ketika kematian anaknya itu)? Jawabnya: Ia memuji Engkau dengan berkata kami ini adalah hamba dan milik Allah
dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Maka Allah
berfirman: Binalah untuknya sebuah rumah di dalam syurga dan berilah namanya dengan Bait al-Hamd.”
Hadis kedua menjelaskan sikap Abu Sinan tetap memuji Allah
walaupun anak kesayangan meninggal dunia. Jelaslah ujian Allah
adalah untuk melihat kekuatan akidah hamba-Nya, sama ada hanya bertuhankan-Nya dalam keadaan senang saja atau terus bertuhankan-Nya dalam apa juga keadaan sekalipun.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Allah
menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai musibah. Musibah Allah
bukan sekadar kematian saja, malah ia didatangkan dalam pelbagai bentuk serta keadaan.


